- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
PROGRAM KESEDARAN JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN MAHASISWA
PROGRAM KESEDARAN JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN MAHASISWA
Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (PMFSU) dan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM), Universiti Sains Islam Malaysia telah menganjurkan Program Kesedaran Jenayah Syariah Dalam Kalangan Mahasiswa dengan jayanya.
Program ini telah menarik penyertaan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar, pensyarah dan staf USIM. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah syariah serta berkongsi pengalaman Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dalam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah.
Slot pertama telah disampaikan oleh YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan yang telah mengupas berkenaan tajuk “Pendakwaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah”.
Slot kedua diteruskan dengan sesi dialog bertajuk " Bughak-Bughak bersamo Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan” yang diketuai oleh YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman (Ketua Pendakwa Syarie), Tuan Rohaizad bin Redzuan (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Perundangan), Tuan Zarul Izham bin Jaapar (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran Rekod dan Dokumentasi), Tuan Mohd Amir bin Yahaya (Ketua Unit Bahagian Perundangan Perbicaraan dan Rayuan) dan Puan Nor Bazilah binti Abdul Basir (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan).
Majlis Perasmian Program Kesedaran Jenayah Syariah Dalam Kalangan Mahasiswa telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Mushaddad Hasbullah yang menjalankan tugas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta, seterusnya menggalakkan peranan aktif dalam usaha mencegah jenayah syariah di kalangan mahasiswa dan masyarakat.