•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

LATAR BELAKANG

  • Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) dahulunya merupakan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Pengasingan dan pengiktirafan sebagai sebuah jabatan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ini berdasarkan keputusan:
    1. Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 20 Mac 2015
    2. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke 56 pada 16 Januari 2016.
    3. Mesyuarat Majlis Agama Islam (MAINS) kali ke 225.
    4. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 7 Disember 2016.
  • Pengasingan dan pengiktirafan ini juga dilaksanakan selepas mendapat perkenan ke bawah D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Y.T.M Undang Yang Empat dan Y.T.M Tunku Besar Tampin.
  • Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 2018 dengan dibekalkan kod PTJ sendiri dan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie.
  • Terdapat empat (4) Bahagian di Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu:
    1. Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan (BPPR)
    2. Bahagian Pendaftaran, Rekod dan Dokumentasi (BPRD)
    3. Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP)
    4. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile