- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SIRI 2
BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SIRI 2
Tarikh: 27 – 29 November 2024
Tempat: Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Tempat: Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan Pindaan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003 Siri 2. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan mengharmonikan cadangan pindaan terhadap enakmen sedia ada agar lebih sesuai dengan keperluan semasa.
Bengkel ini telah dihadiri seramai 14 orang ahli jawatankuasa yang pakar dalam bidang syariah dan perundangan iaitu Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Peguam Syarie, Pegawai Undang-Undang MAINS dan Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAINS. Turut hadir bersama Ketua Pendakwa Syarie Pulau Pinang. Ia telah dipengerusikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.
Bengkel ini turut dipandu oleh fasilitator jemputan, Prof. Madya Dr. Ramalinggam A/L A.Rajamanickam, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberikan input berharga berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang ini.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memastikan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dapat ditambah baik, sejajar dengan cabaran perundangan terkini. Dengan penglibatan aktif daripada semua peserta, inisiatif ini diharap dapat memperkukuh dan memartabatkan sistem kehakiman serta perundangan jenayah syariah, khususnya di Negeri Sembilan. Semoga usaha ini menjadi titik tolak ke arah sistem kehakiman syariah yang lebih progresif dan inklusif.
BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SIRI 2 07 January 2025 Aliff berita2023 PROGRAM KESEDARAN JENAYAH SYARIAH DALAM KALANGAN MAHASISWA Read More 11 December 2024 Aliff berita2023 BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN SIRI 2