•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN ORGANISASI BERINTEGRITI TAHUN 2024

2 – 4 September 2024 | Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan Organisasi Berintegriti Tahun 2024 bertempat di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang, Terengganu.

Kursus ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam dengan disertai seramai 33 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPeNS. Tujuan kursus ini diadakan untuk membentuk satu pasukan kerja yang dinamik, berkebolehan, berintegriti serta proaktif dalam menggalas tugas yang diberikan untuk menghadapi segala cabaran di masa hadapan.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan di kalangan pegawai dan kakitangan, mewujudkan kerjasama yang harmoni di antara kakitangan tanpa mengira unit/bahagian serta mengukuhkan jati diri dan sifat kepimpinan di kalangan warga JPeNS.

Sepanjang program para peserta telah diisi dengan aktiviti dan latihan dalam berkumpulan seperti snorkeling, energized beach games, amazing race, CSI, 21 Bridge, canting batik, masak keropok lekor dan lain-lain aktiviti yang menjurus ke arah mencapai objektif program. Pertandingan bola tampar juga telah diadakan antara kumpulan. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima hadiah yang telah disampaikan oleh Ketua Pendakwa Syarie semasa majlis penutup program iaitu:
1) Peserta Terbaik Lelaki – Encik Mohd Hanif bin Jalil
2) Peserta Terbaik Perempuan – Puan Nora binti Md Nazri
3) Peserta Berdisiplin – Puan Nurul Hidayah binti Hamdan
4) Peserta Berkepimpinan – Encik Mohd Ariff bin Bidin
5) Peserta Paling Ceria – Encik Hasnizatul Azri bin Zainudin

Para peserta melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas pengalaman yang diperolehi semasa kursus ini. Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi motivasi kerja dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile