- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
MUZAKARAH PENDAKWA SYARIE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 11-13 September 2024 | Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan (BPPR) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah menganjurkan Muzakarah Pendakwa Syarie bertempat di Palm Seremban Hotel. Peserta muzakarah seramai 16 orang terdiri daripada Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Pendakwa Syarie dan Timbalan Pendakwa Syarie. Muzakarah ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan para Pendakwa Syarie dalam mengendalikan kes-kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah. Program ini dilaksanakan secara perkongsian ilmu dan perbincangan dua hala antara pengajar dan peserta. Tenaga pengajar adalah Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmud yang merupakan seorang profesional yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaysia dan kini merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara. Semoga program ini dapat melahirkan para Pendakwa Syarie yang berkebolehan, berpengetahuan tinggi dan berwibawa dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan prosiding kes jenayah syariah seterusnya dapat meningkatkan martabat undang-undang syariah yang berkuatkuasa khususnya di Negeri Sembilan. #MuzakarahPendakwaSyarie #PerundanganSyariah #KemahiranPendakwaSyarie #BerwibawaIntegritiTepat #BersihMuafakatSejahtera #MalaysiaMadani