•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

kunjungan1

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA HAKIM UTAMA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI SEMBILAN

23 September 2024 | Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang baharu dilantik iaitu Yang Arif Tuan Zulfikri bin Yasoa’. Kunjungan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie bersama 5 orang Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua institusi syariah di Negeri Sembilan. Selain itu, untuk membincangkan pelbagai isu semasa yang berkaitan bidang kehakiman dan pendakwaan syariah di Negeri Sembilan.

Perbincangan yang berlangsung ini membolehkan kedua-dua pihak lebih bersedia dalam menghadapi cabaran yang wujud dalam bidang kehakiman dan pendakwaan syariah. Tujuannya adalah untuk memastikan keadilan syariah terus dijunjung tinggi di Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat ini juga diharapkan dapat menjadi asas kepada usaha-usaha kerjasama yang lebih strategik pada masa hadapan, sekaligus memperkukuh sistem kehakiman syariah di Negeri Sembilan.

#MahkamahSyariah #PendakwaanSyariah #BerwibawaIntegritiTepat #BersihMuafakatSejahtera #MalaysiaMadani

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile