•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077
KAYUHAN BASIKAL TUA MERENTAS 3 NEGERI

KAYUHAN BASIKAL TUA MERENTAS 3 NEGERI





Seremban, 25 – 28 Jun 2024: Seorang kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Encik Mohd Ariff Bin Bidin (Penghantar Notis) bersama 2 orang rakannya telah menyertai program kayuhan menggunakan basikal tua merentas 3 buah negeri iaitu dari Ampangan, Negeri Sembilan sehingga ke Johor Bharu, Johor dengan jarak kira-kira 300 km dalam masa empat hari.
Beliau telah mengayuh 80 hingga 90 km sehari untuk menyelesaikan perjalanan tersebut dengan menggunakan basikal tua jenis Raleigh yang berusia kira-kira 70 tahun tanpa sebarang modifikasi dan masih dalam keadaan asal. Kayuhan ini memerlukan persediaan mental, kekuatan dan juga peralatan secukupnya. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan mesej bahawa basikal tua ini masih wujud dan masih mampu menjadi pengangkutan dalam jarak jauh.
Kejayaan beliau telah mengharumkan nama jabatan lebih-lebih lagi program ini telah mendapat liputan meluas di dada akhbar dan juga televisyen seperti rancangan selamat pagi malaysia di TV1 RTM dan radio RTM Negeri Sembilan.
Semoga kejayaan beliau ini menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada semua kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dan penjawat awam secara keseluruhannya. Pihak jabatan ini mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau kerana telah mencipta sejarah. Diharapkan kejayaan ini dapat memberi galakan dan insentif kepada semua penjawat awam untuk memupuk gaya hidup sihat bagi meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi yang tinggi.

Kayuhan_1Kayuhan_2Kayuhan_3Kayuhan_4Kayuhan_5Kayuhan_6

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile