•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077
BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN SIRI 2 JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

BENGKEL SEMAKAN PINDAAN ENAKMEN SIRI 2 JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

MELAKA | Bahagian Penyelidikan Perundangan (BPP) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel Semakan Pindaan Enakmen Siri 2 bermula 11-13 Jun 2024 bertempat di Hotel Mudzaffar, Melaka.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Awang Armadajaya bin Awang Mahmod, Peguamcara dan Peguambela.
Peserta bagi bengkel kali ini seramai 23 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Perundangan Peringkat Agensi Agama Negeri Sembilan dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memuktamadkan cadangan draf pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan mengharmonikan cadangan pindaan peruntukan Enakmen tersebut dari Negeri-Negeri yang lain.
Bengkel ini telah mendapat penglibatan dan komitmen yang tinggi dari semua peserta sepanjang tiga hari bengkel berlangsung. Semoga ianya dapat memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan jenayah syariah dalam mendepani cabaran semasa khususnya di Negeri Sembilan.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile