•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077
MUZAKARAH ISU-ISU PERKAHWINAN LUAR NEGARA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN PEJABAT KONSULAT MALAYSIA DI SONGKHLA THAILAND

MUZAKARAH ISU-ISU PERKAHWINAN LUAR NEGARA BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN PEJABAT KONSULAT MALAYSIA DI SONGKHLA THAILAND

muzakarah_1

muzakarah2

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Muzakarah Isu-Isu Perkahwinan Luar Negara Bersama Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Dan Pejabat Konsulat Malaysia Di Songkhla, Thailand ini bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan perkahwinan di selatan Thailand yang melibatkan masyarakat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia secara amnya. Selain itu, muzakarah ini juga turut melibatkan Jabatan Pendakwaan Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia.
Seramai 34 peserta terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia telah menyertai program muzakarah kali ini. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand telah berbesar hati menerima kunjungan peserta-peserta muzakarah yang telah ditetapkan pada 17 Mei 2024. Rombongan peserta-peserta muzakarah telah disambut oleh Encik Ahmad Fahmi bin Ahmad Sarkawi iaitu Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand dan Encik Sohaimi bin Ahmad iaitu Pegawai Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand. Banyak isu-isu telah dibincangkan bersama pihak konsulat termasuklah yang berkaitan dengan isu-isu perkahwinan yang melibatkan rakyat Malaysia yang berlawanan dengan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam.
Selain itu, peserta-peserta muzakarah juga turut mengadakan kunjungan ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand pada 18 Mei 2024. Rombongan peserta-peserta muzakarah telah disambut oleh Haji Abdullah Halim bin Haji Mohammad Soleh iaitu Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand dan Haji Abdul Wahab bin Abdullah iaitu Qadhi Syarie Wilayah Songkhla, Thailand. Peserta-peserta muzakarah telah diberikan taklimat berkenaan proses yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand yang melibatkan rakyat Malaysia yang melangsungkan perkahwinan di Majlis Agama Islam tersebut.
Semasa kunjungan ke Pejabat Konsulat Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tersebut, peserta-peserta telah diberi peluang untuk berdiskusi mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh Jabatan Pendakwaan Syariah negeri-negeri berkaitan perkahwinan rakyat Malaysia yang telah dilangsungkan di Selatan Thailand tersebut. Banyak isu telah berjaya diselaraskan termasuklah isu berkenaan sindiket penipuan dan penyalahgunaan surat keterangan nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan dokumen pengesahan nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Konsulat Malaysia, di Songkhla Thailand.

muzakarah_1muzakarah_2muzakarah_3muzakarah_4muzakarah_5

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile