- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SEMBILAN
1 OGOS 2023 (SEREMBAN) - Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan, Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman bersama barisan Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Y.A.A. Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajudin sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah N. Sembilan (JKSNS) bertempat di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Bandar Sri Sendayan.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi merakamkan pengucapan tahniah di atas pelantikan Tuan Kamal Bashah sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan yang baru. Di samping itu juga, pelbagai perkara dibincangkan berkaitan dengan beberapa isu yang penting dalam urusan di antara JPeNS dan JKSNS serta bermatlamat menjalinkan hubungan yang baik di antara kedua-dua agensi dalam pelaksanaan dan pengurusan perundangan jenayah syariah di Negeri Sembilan
Sesi kunjungan hormat ini berakhir jam 4.15 petang dengan penyampaian cenderahati kepada pihak Ketua Hakim Syarie. JPeNS amat berbesar hati dengan kesudian Y.A.A Tuan Kamal Bashah menerima delegasi kunjung hormat dari JPeNS.