•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

KURSUS SIASATAN DAN PENDAKWAAN KES AJARAN SESAT

350774414 614076040676907 7350484713040624110 n
Pada 30 Mei - 1 Jun 2023 JPeNS telah menganjurkan Kursus Siasatan Dan Pendakwaan Kes Ajaran Sesat bertempat di D’Wharf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson. Kursus ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dan 10 orang peserta dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
 
Seramai 3 orang penceramah telah diundang bagi memberikan pengisian sepanjang kursus ini dijalankan iaitu:
 
1) Y.A Tuan Mohd Yunus bin Mohamad Zain, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang
Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang.
 
2) Puan Nor Azizah binti Aling, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
 
3) Supritendan Bakari bin Bakar, Bahagian Ekstremis Agama/Ajaran Sesat Cawangan Khas Bukit Aman
 
Objektif kursus ini diadakan adalah bagi memberi kefahaman berkaitan kumpulan ajaran sesat di Negeri Sembilan, memberi pendedahan mengenai kaedah siasatan dan pendakwaan yang berkesan serta meningkatkan kemahiran siasatan dan pendakwaan di mahkamah syariah. Kursus di telah berjaya berlangsung dengan sempurna dan para peserta mendapat perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada para penceramah dalam memastikan proses siasatan dan pendakwaan bagi kes-kes ajaran sesat di Negeri Sembilan mampu dikendalikan dengan baik dan teratur.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile