- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

















INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menerima kunjungan Pasukan Inspektorat daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Negeri Sembilan bagi pelaksanaan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan.
Pelaksanaan inspektorat ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan perlindungan di JPeNS yang merangkumi empat (4) aspek utama, iaitu Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen, Keselamatan Personel dan Keselamatan Perlindungan ICT.
Sesi inspektorat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Salehan bin Haji Yatim, Ketua Pendakwa Syarie dan diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Pasukan Inspektorat, Tuan Hazimi bin Hashim, diikuti sesi semakan dokumen, perbincangan berkaitan pematuhan keselamatan serta pemeriksaan di bahagian dan unit yang berkaitan. Pelaksanaan ini turut memberi ruang kepada pihak Jabatan untuk mendapatkan pandangan, khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan daripada Pasukan Inspektorat.
JPeNS menyambut baik pelaksanaan inspektorat ini sebagai salah satu usaha memperkukuh tadbir urus keselamatan, meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan keselamatan kerajaan serta memastikan pengurusan maklumat, dokumen dan aset Jabatan sentiasa berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Inspektorat CGSO Negeri Sembilan atas kerjasama, panduan dan khidmat nasihat yang diberikan.

