•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

SEMINAR KHAS PEGAWAI MASJID: PERANAN TERHADAP KES JENAYAH SYARIAH





SEMINAR KHAS PEGAWAI MASJID: PERANAN TERHADAP KES JENAYAH SYARIAH

📅 24 September 2026 (Khamis)
📍 Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Seminar Khas Pegawai Masjid: Peranan Terhadap Kes Jenayah Syariah sebagai usaha meningkatkan kefahaman pegawai masjid mengenai peranan, bidang kuasa serta tatacara tindakan apabila berhadapan dengan insiden yang mempunyai unsur kesalahan jenayah Syariah.
Program ini memberi penekanan kepada aspek peranan dan had kuasa pegawai masjid, perbezaan fungsi antara Pegawai Masjid, Pegawai Penguat Kuasa Agama, Polis, Pendakwa Syarie dan Mahkamah serta tindakan awal yang sewajarnya dilaksanakan apabila sesuatu aduan atau insiden berlaku.
Peserta turut diberikan pendedahan mengenai SOP tindakan awal dan kawalan situasi, penilaian risiko, prinsip penggunaan kekuatan minimum, penyerahan segera kepada pihak berkuasa, dokumentasi kejadian serta kepentingan menjaga maruah, kerahsiaan dan maklumat peribadi pihak yang terlibat. Pengisian seminar telah disampaikan oleh Tuan Abdul Wafi bin Ramli dan Tuan Mohd Hafiz bin Mohd Lazim, Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Seminar ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman Pegawai Masjid supaya setiap tindakan berkaitan kes jenayah Syariah dapat dilaksanakan secara sah, selamat, berhemah, tersusun dan tidak melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang.
JPeNS komited memperkukuh kefahaman undang-undang dan kerjasama strategik bersama institusi masjid demi memastikan pengurusan kes jenayah Syariah dilaksanakan secara profesional dan berintegriti.

SEMINAR KHAS PEGAWAI MASJID: PERANAN TERHADAP KES JENAYAH SYARIAH 24 September 2026 (Khamis) Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Seminar Khas Pegawai Masjid: Peranan Terhadap Kes Jenayah Syariah sebagai usaha meningkatkan kefahaman pegawai masjid mengenai peranan, bidang kuasa serta tatacara tindakan apabila berhadapan dengan insiden yang mempunyai unsur kesalahan jenayah Syariah. Program ini memberi penekanan kepada aspek peranan dan had kuasa pegawai masjid, perbezaan fungsi antara Pegawai Masjid, Pegawai Penguat Kuasa Agama, Polis, Pendakwa Syarie dan Mahkamah serta tindakan awal yang sewajarnya dilaksanakan apabila sesuatu aduan atau insiden berlaku. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai SOP tindakan awal dan kawalan situasi, penilaian risiko, prinsip penggunaan kekuatan minimum, penyerahan segera kepada pihak berkuasa, dokumentasi kejadian serta kepentingan menjaga maruah, kerahsiaan dan maklumat peribadi pihak yang terlibat. Pengisian seminar telah disampaikan oleh Tuan Abdul Wafi bin Ramli dan Tuan Mohd Hafiz bin Mohd Lazim, Pendakwa Syarie Negeri Sembilan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Haji Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Seminar ini diharapkan dapat memperkukuh kefahaman Pegawai Masjid supaya setiap tindakan berkaitan kes jenayah Syariah dapat dilaksanakan secara sah, selamat, berhemah, tersusun dan tidak melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. JPeNS komited memperkukuh kefahaman undang-undang dan kerjasama strategik bersama institusi masjid demi memastikan pengurusan kes jenayah Syariah dilaksanakan secara profesional dan berintegriti. #BerwibawaIntegritiTepat #MalaysiaMadani #StabilMajuMakmur  

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]