- jpens@ns.gov.my
- 06-761 4077
LAWATAN KERJA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERLIS KE JPeNS

LAWATAN KERJA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERLIS KE JPeNS Tarikh: 17 September 2026 Tempat: Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis pada 17 September 2026. Lawatan ini bertujuan sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik, khususnya berkaitan pelaksanaan serta pengurusan kes di kedua-dua negeri. Delegasi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis diketuai oleh Tuan Khairulanuar bin Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perlis, bersama barisan pegawai dan kakitangan jabatan. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan, diikuti ucapan balas daripada Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perlis. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat dan perkongsian berkaitan Sistem Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (i-PSNS) serta Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS 2.0). Turut diadakan sesi perkongsian oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perlis berhubung pelaksanaan Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam (Pengkompaunan Kesalahan) Negeri Perlis 2024, khususnya berkaitan pengkompaunan beberapa kesalahan matrimoni. Pelaksanaan mekanisme tersebut telah mula dilaksanakan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis berkuat kuasa mulai 1 April 2025. Lawatan kerja ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis, di samping membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta penambahbaikan dalam pengurusan dan pelaksanaan pendakwaan syariah. #BerwibawaIntegritiTepat #MalaysiaMadani

