•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

MUZAKARAH PENAMBAHBAIKAN KESALAHAN PERNIKAHAN DI LUAR NEGARA

MUZAKARAH PENAMBAHBAIKAN KESALAHAN PERNIKAHAN DI LUAR NEGARA
? Tarikh : 19 – 21 Ogos 2026
? Tempat : Arena Premier Hotel Seremban
Bahagian Perundangan Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan telah menganjurkan Muzakarah Penambahbaikan Kesalahan Pernikahan di Luar Negara yang melibatkan Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Sembilan, Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Pegawai Jabatan Peguam Negara, Pegawai Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Penasihat Undang-Undang (Syariah) Negeri Sembilan, Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Pegawai Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.
Muzakarah ini bertujuan menilai semula peruntukan undang-undang sedia ada, memperkemas mekanisme penguatkuasaan, dan merangka syor penambahbaikan dasar berhubung kesalahan bernikah di luar negara secara bersasar dan berkesan.
Program ini diisi dengan pembentangan pandangan undang-undang oleh Dr. Mohamed Fouzi bin Mokhtar dari Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kesalahan di bawah Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, yang disusuli dengan penerangan ketetapan oleh Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Bagi mendalami isu tersebut, sesi muzakarah telah dijalankan secara bengkel menerusi kaedah sumbang saran (brainstorming). Hasil perbincangan intensif berkenaan telah mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan yang berkesan demi memperkemas tindakan perundangan dan penguatkuasaan di masa hadapan.
Penganjuran muzakarah secara bengkel menerusi kaedah sumbang saran ini telah berjaya mencapai objektifnya sebagai fasa awal dalam memperkukuh kefahaman perundangan serta memperkemas tindakan penguatkuasaan. Hasil perbincangan ini telah meletakkan asas yang kukuh melalui perumusan pelbagai syor penambahbaikan berkaitan kesalahan bernikah di luar negara. Justeru, penganjuran siri perbincangan lanjutan amat disyorkan agar momentum kerjasama antara agensi ini dapat dipelihara, sekali gus memastikan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang syariah sentiasa cekap, berintegrasi, dan relevan dengan cabaran semasa.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]