•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

TAKLIMAT PEMANTAPAN ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN PROFESIONAL WARGA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI

TAKLIMAT PEMANTAPAN ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN PROFESIONAL WARGA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI
? Tarikh : 31 Julai 2026
? Tempat : Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Etika Kerja dan Penampilan Profesional Pegawai Awam sebagai usaha meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga jabatan mengenai kepentingan menjaga keterampilan dan imej profesional dalam perkhidmatan awam.
Taklimat ini memberikan pendedahan mengenai panduan pemakaian dan penampilan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam.
Antara perkara yang diberikan penekanan ialah pemilihan pakaian yang kemas, sopan, bersih dan bersesuaian dengan tugas rasmi, penjagaan keterampilan diri serta pematuhan terhadap tatacara berpakaian ketika berada di pejabat, menghadiri mesyuarat, majlis rasmi dan berurusan dengan pelanggan.
Penampilan yang profesional bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang pegawai, malah turut mempengaruhi imej, kewibawaan dan tahap keyakinan masyarakat terhadap sesebuah organisasi kerajaan.
Di samping itu turut diadakan Majlis Penghargaan kepada Pelatih Industri dan Pelatih Skim Latihan Khas MAINS yang telah selesai menjalani latihan di JPeNS.
Diharapkan pengisian ceramah ini dapat dijadikan panduan oleh seluruh warga JPeNS dalam memastikan penampilan sentiasa kemas, berhemah dan profesional, selaras dengan nilai integriti serta kecemerlangan perkhidmatan awam.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]