•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026



KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
📅 Tarikh : 27 – 29 Julai 2026
📍 Tempat : Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan
Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan Integriti Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Tahun 2026 telah diadakan di Avillion Port Dickson dengan penyertaan semua pegawai dan kakitangan Jabatan. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh budaya kerja yang cemerlang melalui peningkatan motivasi, semangat kerja berpasukan, kerjasama antara bahagian, pembentukan jati diri serta pengukuhan nilai integriti dalam kalangan warga Jabatan. Di samping itu, kursus ini bertujuan membentuk pasukan kerja yang dinamik, berintegriti, kompeten dan proaktif dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.
Sepanjang program para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator jemputan daripada Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) iaitu Puan Norliana binti Zaimon, Tuan Aminullah bin Bahrin, Encik Aris Fadhilah bin Ramli, Tuan Mohd Soleh bin Bahrin, dan Puan Siti Rasyidah binti Sarkom.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah iaitu:
1) Penghulu - Tuan Izzat Syazli Bin Murshid
2) Penghuluwati – Puan Nur Izzatie Binti Ramly
3) Outstanding Participant Award - Encik Muhammad Aliff Bin Johari dan Puan Nora Binti Md.Nazri
Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.




KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026 Tarikh : 27 – 29 Julai 2026 Tempat : Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan Kursus Kepimpinan dan Pengukuhan Integriti Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Tahun 2026 telah diadakan di Avillion Port Dickson dengan penyertaan semua pegawai dan kakitangan Jabatan. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh budaya kerja yang cemerlang melalui peningkatan motivasi, semangat kerja berpasukan, kerjasama antara bahagian, pembentukan jati diri serta pengukuhan nilai integriti dalam kalangan warga Jabatan. Di samping itu, kursus ini bertujuan membentuk pasukan kerja yang dinamik, berintegriti, kompeten dan proaktif dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Sepanjang program para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator jemputan daripada Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) iaitu Puan Norliana binti Zaimon, Tuan Aminullah bin Bahrin, Encik Aris Fadhilah bin Ramli, Tuan Mohd Soleh bin Bahrin, dan Puan Siti Rasyidah binti Sarkom. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah iaitu: 1) Penghulu - Tuan Izzat Syazli Bin Murshid 2) Penghuluwati – Puan Nur Izzatie Binti Ramly 3) Outstanding Participant Award - Encik Muhammad Aliff Bin Johari dan Puan Nora Binti Md.Nazri Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta mengeratkan hubungan kerjasama antara warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. #BerwibawaIntegritiTepat #BersihMuafakatSejahtera #MalaysiaMadani

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]