•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • jpens@ns.gov.my
  • 06-761 4077

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENDAFTAR JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENDAFTAR JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

? Tarikh : 22 Januari 2025
? Tempat : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS) telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan yang baharu iaitu Puan Siti Maszuriyati binti Aziz. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie bersama 5 orang Pendakwa Syarie JPeNS.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua institusi syariah di Negeri Sembilan. Disamping itu, pelbagai isu semasa berkaitan bidang kehakiman dan pendakwaan syariah di Negeri Sembilan turut dibincangkan semasa kunjungan tersebut.
Perbincangan tersebut membolehkan kedua-dua pihak sentiasa bersedia dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam bidang kehakiman dan pendakwaan syariah bagi memastikan keadilan syariah terus dijunjung tinggi di Negeri Sembilan.
Kunjungan hormat ini juga diharapkan dapat menjadi asas kepada usaha-usaha kerjasama yang lebih strategik pada masa hadapan sekaligus memperkukuh sistem kehakiman syariah di Negeri Sembilan.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Pendakwaan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile